Sabar Atas Ujian..

Untuk entri kali ini tuan amba tujukan buat kawan atau cousemate tuan amba Muhammad Yunus agar sabar atas ujian..tuan amba baca paper rini yang menyatakan bahawa pingat emas yang dimenangi oleh beliau dan rakan-rakan kuartet 4x400 meter negara pada Sukan Sea Indonesia 2011 baru-baru ni terpaksa dipulangkan kembali kerana positif doping..kami rakan-rakan tumpang sedih dengan berita nieyhh..kami yakin bahawa Yunus tak bersalah dan tindakannya yang membuat laporan polis berhubung ngan kajadian nie memang wajar..yaelah, kalau fikir balik..takkan lah mereka yang nak pergi lari nie nak sabotaj diri mereka sendiri..mereka berlatih pagi petang demi nak capai kemenangan..lagilah bila mereka pergi bertanding membawa nama negara, nak cari kemenangan, nak harumkan nama negara..takkan senang-senang mereka nak sabotaj diri mereka sendirik kan..!!!tapi benda dah jadi dah tak boleh nak turned back..

Bukan Yunus sorang sahaja yang mengalami nasib camni, atlet angkat berat negara yang menang pingat gangsa dalam temasya yang sama juga mengalami nasib yang sama..kata Firdaus Abd. Razak kater dia dah buang pingat tu ke sungai Kedah..yang nie betul-betul..katanyer Firdaus.." Nak buat apa saya simpan lagi jika saya sakit hati melihatnya. Saya telah buang pingat itu ke sungai. Saya campak pingat itu di Sungai Kedah kerana airnya deras, jadi senang pingat itu hanyut," katanya (Utusan Malaysia-18/7/12)..baca kisah Firdaus nie cedih jer, dah lah nak menang satu pingat susah, bila dah menang pingat pulak, timbul masalah macam nie..leh klik kat cnie nak tahu citer Firdaus nie..http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Sabar lah atas ujian ini, jangan give up..kita takkan bersalah sehingga benar dibuktikan besalah, jadi kalau kita tak buat, tak perlu takut dan lari dari masalah..hadapi dengan tenang dan mintalah bantuan daripada-Nya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

 
Kenangan bagi kuartet 4x400m negara..

Tuan amba dan rakan-rakan kat sini sentiasa doakan Yunus lebih berjaya..jadikan apa yang berlaku sebagai sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya pada masa akan datang..mana kita semua tahu, harini jadi gini..suatu hari nanti jadi olahragawan yang paling digeruni..so..don't give up..teruskan usaha..chaiyok!!!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..